Saturday, May 23, 2009

sk long sepiling............



Kuaters guru- inilah rumah kediamanku... inilah sK long Sepiling


Tinggal seminggu lagi sesi persekolahan semester 1 akan berakhir, fikiran aku sudah berada di kampung...tidak sabar untuk menemui keluarga dan orang yang disayangi...
Esok aku akan balik ke sekolah iaitu SK Long Sepiling. sekolah pertama aku diposting...mengingat kembali hari pertama sampai ke sekolah ini amat memeritkan dan banyak mengajar aku erti bersyukur....

SK Long Sepiling terletak di dalam daerah Baram iaitu daerah yang terletak di bahagian MIRI..
Pertama kali aku cek kat internet yang menyatakan aku diposting di MIRI. bolah dikatakan gembira sedikit jika dibanndingkan dengan teman-teman yang diposting di bahagian Kapit....
MIRI merupakan bandaraya yang kedua terbesar selepas KUching...
Tapi Baram merupakan daerah yang paling "jahat" dimana hidup disini memerlukan kesabaran yang amat tinggi...

Disini aku nukilkan sekilas pandang SK Long Sepiling.....
Sek aku ni terletak di tepi sungai Tinjar...
Kemudahan yang ada :

Air-menggunakan air hujan atau air sungai
Elektrik - Guna generator 24 Jam sehari
Masjid - Tidak ada, semua penduduk beragama Kristian dan ada yang tidak beragama....
Bil murid - 20 orang

Itulah serba sedikit tentang sekolah aku.....
Setelah 5 bulan berlalu, segala kesusahan dan dugaan akhirnya berjaya kulewati..
Semoga Allah memudahkan perjalana aku disini dan memberi aku banyak kesabaran...Amin....

No comments:

Post a Comment